suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat lelaki serang balai polis ditembak mati

JAKARTA: Polis Indonesia menembak mati empat lelaki bersenjatakan pedang samurai selepas menyerang anggota penguatkuasa di Ibu Pejabat Polis Riau di Pekanbaru, Sumatra pada Rabu.

Jurucakap polis, Setyo Wasisto berkata keempat-empat suspek meluru masuk ke perkarangan balai polis sebelum melakukan serangan.

Katanya, dua anggota polis cedera dalam serangan itu manakala seorang lagi maut selepas seorang suspek cuba melarikan diri dan merempuh mangsa.

"Suspek yang melarikan diri berjaya ditahan dan ditempatkan di balai polis Pekanbaru," kata Wasisto.

Terdahulu, laporan dalaman berkata salah seorang suspek yang maut dipercayai memasang bom di badannya.

Wasito bagaimanapun tidak mengulas mengenai dakwaan ini.

Rakaman TV menunjukkan seorang lelaki terbaring di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah dengan sebilah pedang samurai di sisinya.

Seorang jurucakap polis di Riau berkata mereka belum mengenal pasti identiti dan motif kesemua suspek.

pedang samurai, polis Indonesia

Artikel Sebelum

Mata dikorek guna sudu

Artikel Berikut

Artikel Lain