Dilarang naik pesawat kerana sarung telefon bimbit - Dunia | mStar

Dilarang naik pesawat kerana sarung telefon bimbit

PERHATIAN! Pemilik sarung telefon bimbit yang mengandungi cecair dengan serpihan berkilauan mungkin dihalang membawanya ketika menaiki pesawat.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang dilarang membawa barangan itu ketika menaiki kapal terbang dari Chengdu di wilayah Sichuan ke Beijing bersama keluargannya.

Wanita yang dikenali sebagai Wang dilarang petugas keselamatan di lapangan terbang kerana cecair berkenaan dikhuatiri berbahaya, demikian lapor Beijing Youth Daily.

Sarung telefon bimbit setebal satu sentimeter dan mengandungi cecair dan serpihan berkilauan itu dibeli pada harga 500 yuan (AS$79) beberapa bulan lalu.

"Apabila kami melalui kawasan pemeriksaan, saya keluarkan telefon bimbit dengan sarung yang mempunyai cecair.

"Apabila melepasi mesin kawalan keselamatan, pegawai bertugas meneliti telefon saya dan memberitahu pemeriksaan rapi perlu dilakukan," katanya.

Pihak keselamatan di lapangan terbang itu berkata, sarung itu mengandungi cecair yang tidak diketahui  dan pemeriksaan susulan mendapati ia tidak boleh dibawa menaiki pesawat.

Berikutan itu, Wang memutuskan untuk mengirim sarung telefo bimbitnya ke Beijing menggunakan khidmat penghantaran ekspres.

Bagaimanapun, wanita itu keliru kerana sebelum ini dia dibenarkan membawa telefon bimbitnya dengan sarung berkenaan ketika menaiki kapal terbang ke Beijing, Shenzhen, Anshan dan beberapa lokasi lain.

Sementara itu, Pentadbiran Penerbangan Sivil China menasihatkan semua pihak supaya tidak  membawa sarung telefon seumpama itu.

"Merujuk insiden ini, sarung telefon bimbit itu mungkin mengandungi cecair tidak melebihi 20 mililiter, jadi kemungkinan keselamatan lapangan terbang menganggap ia berbahaya," katanya.-SCMP


Chengdu , Beijing

Artikel Berikut

Artikel Lain