suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis gantung diri selepas dirogol 8 lelaki

Pelajar melakukan protes terhadap krisis rogol yang semakin meruncing di India.

SEORANG remaja perempuan berusia 16 tahun membunuh diri selepas dirogol lapan lelaki di India.

Menurut laporan berita tempatan, gadis berusia 16 tahun itu diculik dari rumahnya pada Ahad ketika sedang bersendirian dan dirogol sekumpulan lelaki di kampungnya.

Gadis tersebut bertindak mengantung diri pada Isnin di daerah Nuh, utara Haryana, India.

Difahamkan suspek masih lagi bebas.

Beberapa hari kemudian, seorang lagi gadis turut dirogol lima lelaki dalam insiden berasingan.

Gadis berusia 19 tahun itu diperdaya seorang pemandu beca yang memperdaya mangsa dengan memberitahu dia terlepas bas untuk pulang ke rumah.

Menurut jurucakap polis Ravindra Kumar, suspek kemudiannya menawarkan mangsa untuk menurunkannya di sebuah terminal bas lain.

Mangsa bagaimanapun dibawa ke sebuah kawasan terpencil dekat bandar Gurugram dan dirogol pemandu beca terbabit dan empat lagi rakan suspek.

"Kes diklasifikasikan sebagai rogol berkumpul selepas pemeriksaan kesihatan mendapati keputusan mangsa adalah sama. Kes ini masih dalam siasatan," katanya.

Gurugram yang terletak di pinggir New Delhi merupakan hab teknologi yang berkembang pesat dan menjadi lokasi pilihan syarikat antarabangsa.

Namun berita mengejutkan itu berlaku kurang sebulan selepas India meluluskan hukuman mati untuk kesalahan rogol budak perempuan bawah 12 tahun.

rogol, India

Artikel Berikut

Artikel Lain