suria

Bekas Tentera Udara AS Penggal Kepala Teman Wanita Dikenali Dalam Talian

SEORANG pelancong dari Amerika Syarikat (AS) disyaki memenggal kepala seorang wanita yang dikenali menerusi aplikasi temu janji dalam talian dan meletakkan kepala mangsa di dalam beg serta bahagia tubuh yang lain di hutan.

Suspek yang disyaki melakukan jenayah itu ketika bercuti di Jepun ialah seorang bekas tentera udara AS dari Long Island.

Yevgeniy Vasilievich Bayraktar, 26, masih ditahan di Osaka, Jepun, selepas didakwa membunuh Saki Kondo dan kemudian memotong badan mangsa di bilik sewa percutiannya.

Bayraktar bercuti di Jepun dan dipercayai bersendirian.

Dia bertemu Kondo melalui aplikasi temu janji, sama ada Tinder atau Matchapp, menurut laporan Tokyo Sports.

Bayraktar dilihat kali terakhir bersama Kondo pada 15 Februari.

Kali terakhir mangsa dilihat adalah pada 15 Februari dan rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Kondo memasuki pangsapuri yang disewa oleh Bayraktar bersama-sama lelaki itu.

Wanita berusia 27 tahun itu gagal dikesan selepas itu tetapi suspek dilihat keluar dari bilik sewanya dengan beberapa beg.

Dia ditahan pada 22 Februari di bilik sewa lain selepas wanita itu dilaporkan hilang.

Polis menemui kepala wanita itu di dalam beg di bilik penginapan di Osaka.

Selepas itu, suspek menunjukkan kepada pihak polis bahagian badan mangsa yang dicampak 'berterabur' di kawasan hutan di Shimamoto, kira-kira 25 batu dari lokasi tersebut.

Bayraktar tinggal di Long Island dan dibesarkan di Amerika Syarikat selepas berpindah ketika dia berumur sembilan tahun.

Suspek berpindah mengikut ibunya Regina yang berkahwin dengan seorang lelaki dari Texas yang juga telah bertemu secara dalam talian.

Lokasi anggota badan Kondo yang lain ditemukan.

Lelaki itu memberitahu The New York Post minggu ini bahawa Bayraktar dimanjakan oleh ibunya yang 'mementingkan diri' kerana sanggup meninggalkan suaminya selepas lelaki tersebut membawa dia dan anaknya ke negara itu dan membiayai pengajian kejururawatannya.

"Dia seorang 'anak ibu'. Jika kami sedang makan malam dan dia tidak suka makanan yang disediakan, ibunya akan bangun untuk memasak sesuatu yang istimewa walaupun pada ketika itu kami tidak mempunyai banyak wang.

"Dia dan ibunya sangat rapat tapi dengan saya, tidak," kata bapa tiri Bayraktar, Benny Dacy.

Bayraktar berkhidmat dengan tentera udara dalam tempoh yang singkat sebelum berhenti pada 2012.

Namun, punca suspek berhenti kerja selepas 11 bulan berkhidmat masih belum diketahui. - Daily Mail

Tinder, Matchapp

Artikel Lain