suria

Lelaki Tanggung Bala Akibat Paksa Wanita Bercium

SEBUAH video mengejutkan ramai apabila seorang lelaki dilihat meluru ke arah seorang wanita dan secara paksa telah menciumnya.

Kejadian di platform stesen kereta api  Navi Mumbai itu berlaku pada pukul 11.29 pagi, Khamis.

Susulan itu, pasukan keselamatan perkhidmatan kereta api telah menahan lelaki berusia 43 tahun terlibat.

Menerusi visual yang dirakam, lelaki berkenaan berlalu pergi sebaik mencium gadis yang kelihatan terkejut itu.

Mumbai Mirror melaporkan, wanita dalam usia 20an itu sedang menunggu untuk menaiki kereta api ke Ghansoli untuk bekerja apabila dicabul lelaki berkenaan.

Suspek dikenal pasti sebagai Naresh K Joshi.

Twitter laman media tempatan, ANI News melaporkan  mengenai penahanan lelaki berkenaan pada Jumaat.-IndiaToday

Navi Mumbai, Naresh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain