suria

'Perang' Terhadap Peniaga Pisang Goreng Di Bangkok!

-foto Coconuts Media

PENTADBIRAN Metropolitan Bangkok telah mengumumkan 'perang' terhadap peniaga pisang goreng, yang kebanyakannya menjual makanan rangup itu kepada pemandu yang lalu-lalang.

Walaupun menekankan isu-isu bandar seperti sikap pemandu teksi, pembuangan sampah dan peningkatan harga, pegawai-pegawai di Bangkok memutuskan bahawa orang yang menjual pisang goreng dalam kawasan lalu lintas 'merosakkan imej Thailand'.

Oleh itu, peniaga dan pelanggan harus didenda mengikut akta negara itu.

Idea itu dibangkitkan pada Khamis dalam satu mesyuarat ahli majlis oleh ahli Paitoon Kamparat, yang menyatakan terdapat terlalu banyak peniaga pisang goreng di Old Town, tempat untuk pelancong bersiar-siar selepas melawat Grand Palace dan Emerald Buddha, lapor Prachachart.

-foto Prachachart

Kamparat berkata mengikut undang-undang, peniaga yang menjual pisang di kawasan lalu lintas harus dikenakan denda sehingga THB5,000 manakala pelanggan akan dikenakan denda sehingga THB2,000 kerana secara haram membeli makanan ringan yang berharga kira-kira THB20 itu.

Kamparat menambah bandar itu perlu mempunyai kawasan tetap di mana peniaga pisang goreng boleh mendirikan kedai dan kemudian memantau mereka melalui CCTV.

Majlis bersetuju dengan Kamparat dan Timbalan Gabenor Bangkok Chinthat Meesuk mengatakan bahawa dia akan membuat penyelarasan dengan Jabatan Penguatkuasaan Undang-undang Bandar dan pihak polis di kawasan itu untuk menguatkuasakan keputusan yang telah dibuat.

pisang goreng, Bangkok

Artikel Sebelum

Artikel Lain