suria

Ditangkap Pegang Alat Sulit Wanita, Suspek Salahkan Baju Mangsa

Rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita mengalami serangan seksual baru-baru ini.

POLIS menahan seorang suspek kes serangan seksual di Jatinegara, Jakarta Timur, selepas rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita ditolak seorang lelaki dan memegang bahagian sulitnya sebelum melarikan diri.

Dengan bantuan rakaman itu, Polis Jatinegara mengenal pasti suspek yang dikenali sebagai Rifki, 22, yang sudah berkahwin dan mempunyai anak serta tinggal berdekatan rumah mangsa.

Selepas penangkapan, polis berkata suspek mengaku dia bertindak secara spontan selepas ghairah melihat mangsa, dalam kejadian pada Selasa.

"Kerana nafsu, ia berlaku spontan disebabkan mangsa pakai baju berkain nipis dan terkena sinar lampu," kata Ketua Polis Jatinegara Supadi, memetik Detik, Rabu.

Walaupun polis baru menyatakan motif suspek kepada orang ramai, Suruhanjaya Kebangsaan mengenai Keganasan Terhadap Wanita (Komnas Perempuan) mengutuk cubaan suspek untuk menafikan salahnya.

"Budaya menyalahkan mangsa mesti dihentikan. Alasan suspek yang diberi berhubung serangannya menunjukkan pandangan mendiskriminasi wanita masih kuat dalam masyarakat kita," kata Ketua Komnas Perempuan, Azriana Rambe, memetik Detik.

Azriana menambah penting untuk mendidik lelaki bahawa wanita bukan semata-mata untuk dilihat sebagai objek seksual dan pakaian wanita tidak pernah menjadi 'undangan' untuk gangguan seksual atau serangan.

"Sama seperti lelaki, wanita mempunyai hak untuk memakai apa sahaja yang mereka mahu," katanya.

"Nilai hak asasi manusia dan kesaksamaan gender mesti diintegrasikan dalam kurikulum pendidikan formal dan bukan formal, termasuk pendidikan dalam keluarga. Setiap orang berhak ke atas tubuh mereka sendiri. "

serangan seksual, baju nipis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain