suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Posh Spice Ubah Fikiran

Victoria (atas, tengah) bersama bekas anggota kumpulan Spice Girls.

VICTORIA Beckham menegaskan bahawa menyanyi merupakan satu-satunya perkara yang tidak akan dilakukannya lagi.

Bagaimanapun, tawaran lumayan berjumlah £10 juta mengubah fikirannya bekas anggota kumpulan Spice Girls yang dikenali Posh itu.

The Mail pada Ahad mendedahkan bahawa selepas rundingan berjalan selama dua tahun, Posh akhirnya bersetuju untuk menyertai program jelajah dunia bersama bekas anggota Spice Girls yang lain.

Program jelajah itu dijangka membabitkan bayaran £50 juta buat Victoria, 43, Geri Halliwell, 45, Emma Bunton, 42, Melanie Chisholm, 44, dan Melanie Brown, 42. 

Sumber terdekat memberitahu The Mail pada Ahad: "Victoria amat dingin untuk menyanyi dan tampil sekali lagi bersama Spice Girls tetapi pertemuan pada Jumaat membuatnya mengimbas kenangan manis.

"Mereka duduk bersama-sama ketawa dan mengingati masa-masa yang menyeronokkan dan istimewa," ujar sumber.

Kumpulan itu kali terakhir membuat persembahan pada upacara penutup temasya Sukan Olimpik di London pada 2012. - Mail Online


Posh, Victoria Beckham, Spice Girls

Artikel Lain