suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Argentina Hilang Dipercayai Di Indonesia

JAKARTA: Kedutaan Argentina meminta bantuan daripada orang awam untuk mencari seorang kanak-kanak Argentina berusia 7 tahun yang dilaporkan diculik pada Jun 2017 dan mungkin sedang berada di Indonesia.

Alum Langone Avalos dipercayai telah dibawa ke negara tersebut melalui Batam.

Ibu gadis berkenaan mendapatkan perhatian media berhubung kes tersebut dan berharap agar dia boleh membawa pulang anak perempuannya.

"Ibu bapa Alum sudah berpisah dan ibunya, Elizabeth, diberi hak penjagaan penuh terhadap kanak-kanak itu oleh mahkamah.

"Bapa Alum menculiknya dari sekolah dan meninggalkan Argentina secara tidak sah," menurut kenyataan yang dikeluarkan kedutaan.

Pihak kedutaan negara itu mengesahkan bahawa bapa Alum dilihat bersama anak perempuannya itu di lokasi berbeza di Malaysia baru-baru ini dan kini dipercayai berada di Jakarta.

Kenyataan tersebut berkata, Elizabeth Avalos akan segera ke Indonesia bagi mengakhiri penderitaan yang ditanggungnya selama lapan bulan.

Tambahnya, pihak berkuasa Indonesia turut bekerjasama dalam mencari anak wanita itu dan sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi pihak kedutaan. - The Jakarta Post / Asia News Network

kanak-kanak hilang

Artikel Sebelum

Artikel Lain