suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fenomena Alam Buat Terusan Venice Kering Lagi

VENICE: Keadaan cuaca luar biasa pada musim sejuk sekali lagi telah menyebabkan sebahagian terusan legenda di bandar ini kering.

Cuaca sejuk dan air pasang surut yang disebabkan fenomena bulan Super Moon  dan taburan hujan yang sedikit telah mengakibatkan paras air menurun sehingga 58 sentimeter (sm) dalam beberapa situasi.

Difahamkan, ia adalah tahun ketiga berturut-turut fenomena pelik itu melanda bandar timur laut Itali tersebut.

Dua tahun lalu, paras air di terusan itu direkodkan berada di bawah tahap normal iaitu 71 sm hingga menjejaskan perkhidmatan gondola dan teksi air selama beberapa hari.

Selain itu, bahagian bawah tanah dan tingkat bawah di kebanyakan tempat di Venice juga sering dilanda banjir apabila berlaku fenomena acqua alta atau air pasang.

Sejak 1951, populasi penduduk di bandar itu telah menurun daripada 175,000 kepada 55,000 orang. - Daily Mail


Venice, gondola

Artikel Berikut

Artikel Lain