suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Spice Girls Kembali?

Dari kiri: Mel B, Mel C, Geri, Emma dan Victoria bergmbar di sebuah hotel di London pada 2012. Foto AP

LIMA anggota kumpulan Spice Girls dilaporkan akan disatukan semula tahun ini, dengan tawaran £10 juta (RM55.4 juta) seorang. 

Selepas beberapa rundingan sempena ulang tahun kumpulan itu ke-20, timbul dakwaan kelima-lima mereka akan kembali bersama untuk beberapa projek pada 2018.

Menurut The Sun, lima anggota kumpulan berkenaan iaitu Mel C, Mel B, Emma Bunton, Geri Horner dan Victoria Beckham menyatakan persetujuan.

Bagaimanapun Victoria atau lebih dikenali sebagai Posh tidak akan menyanyi.

Projek-projek baharu mereka ditetapkan untuk menyertai rancangan televisyen di China, tawaran iklan, dan album kompilasi lagu-lagu popular mereka.

Sumber berkata: "Ia merupakan penyatuan semula sebuah kumpulan pop yang tiada siapapun terfikir akan berlaku.

"Tetapi selepas rundingan dalam tempoh yang lama, Victoria bersetuju bahawa tiba masanya untuk terlibat dalam projek baharu tahun ini.

"Ia amat mengujakan kerana dia sentiasa berkeras tidak mahu kembali," ujar sumber. 

Sumber turut memberitahu bahawa Victoria begitu berat hati mengenai nyanyian tetapi ia dapat membantu merancakkan lagi perniagaannya. - Mirror



Spice Girls

Artikel Berikut

Artikel Lain