Kemaluan Dikerat Selepas Puji Wanita Lain - Dunia | mStar

Kemaluan Dikerat Selepas Puji Wanita Lain

Zhanna Nurzhanova. -fotoCEN/mirrorUK

SEORANG wanita ditangkap selepas didakwa memotong zakar teman lelakinya.

Tindakan itu berlaku selepas dia dikatakan cemburu apabila kekasihnya memuji wanita lain.

Zhanna Nurzhanova, 36, sangat marah kerana teman lelakinya menghantar gambar wanita lain kepada kakaknya melalui telefon pintar.

Lelaki itu, yang belum dinamakan, telah memberikan komen tentang penampilan wanita berkenaan, yang digambarkan sebagai seorang kenalan.

Nurzhanova dituduh memberikan pil tidur kepada teman secara rahsia di bandar Astana, ibukota Kazakhstan.

Wanita itu, yang bekerja di salon kecantikan, kemudian didakwa menyuntik anestetik dan memotong zakarnya.

Nurzhanova dikatakan telah membawanya ke hospital tempatan untuk dirawat, di mana doktor bertindak menelefon polis dan dia ditangkap.

Pakar bedah cuba menyambung semula kemaluannya yang terputus tetapi ia dilaporkan sangat teruk.

Menurut laporan tempatan, Nurzhanova berdepan hukuman penjara tiga hingga enam tahun jika disabitkan kesalahan. -mirrorUK

cemburu , potong kemaluan

Artikel Sebelum

Yang Gayat, Memang Tak Boleh Cuba

Artikel Berikut

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini