Beli Rumah Dengan Hanya RM5! - Dunia | mStar

Beli Rumah Dengan Hanya RM5!

Foto kredit: Ollolai commune proloco

SESIAPA yang teringin untuk tinggal di kepulauan Itali serta mendapatkan rumah mudah, ini peluang terbaik!

Bandar Ollolai di Sardinia yang terletak di Kepulauan Itali menawarkan 200 buah rumah untuk dijual dengan harga 90 pence (RM5) setiap satu.

Bandar tersebut sememangnya terkenal tiga dekad lalu dan hanya 1,300 orang tinggal di situ.

Namun kini jumlah itu semakin berkurangan.

Dengan populasi rendah kelahiran bayi setiap tahun, datuk bandar Ollolai memutuskan untuk menambah jumlah itu dengan menyediakan 'skim rumah untuk satu euro' pada tahun 2015.

Foto kredit: Ollolai comune proloco

Walaupun harga yang ditawarkan terlalu murah, pembeli terpaksa melakukan pengubahsuaian kerana keadaan rumah yang teruk, malah ia boleh mencapai tempoh tiga tahun untuk siap dengan kos 26 ribu pound (RM126,443).

Dan pembeli boleh menjual kembali rumah mereka selepas lima tahun mendudukinya.

Dengan tawaran yang dibuat itu, dilaporkan pihak bandar telah menerima 120 permohonan untuk membeli rumah di situ dari Amerika Syarikat, Australia dan Rusia.

Tawaran jualan murah itu dibuat bagi memastikan Ollolai menjadi bandar ‘hantu’ kerana kekurangan penduduk.

Rumah murah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel