suria

Cukuplah Bedah Plastik! - Lelaki Patung Ken

Gambar Rodrigo Alves (kiri) sebelum dan (kanan) selepas melakukan berpuluh-puluh pembedahan plastik. Foto Rodrigo Alves/REX/Shutterstock (kiri)/Derek Storm/Splas News (kanan)

LELAKI ini menghabiskan lebih £500,000 (RM2.76 juta) melakukan pembedahan plastik sejak beberapa tahun lalu semata-mata untuk menjadi 'sempurna'.

Bagaimanapun, Rodrigo Alves, lelaki yang dikenali sebagai Manusia Ken Doll berikrar untuk berhenti melakukan pembedahan selepas menyedari bahawa rawatan tersebut hanya memberi kesan buruk kepada kesihatannya.

Bercakap kepada Mail Online, katanya: "Melainkan saya memerlukan sesuatu untuk pembedahan perubatan, saya akan melakukannya.

"Saya perlu menghentikan pembedahan plastik. Tiada apa yang dapat diubah tanpa menjejaskan kesihatan saya.

"Melakukan 60 pembedahan, termasuk di bahagian muka dan leher, implan dada dan empat tulang rusuk dikeluarkan, sudah cukup. 

"Sekarang, saya hanya akan menjalani lebih banyak pembedahan atas sebab kesihatan atau apabila saya semakin tua," katanya. - Mail Online


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Lelong Dara' Untuk Rumah Ibu

Artikel Lain