suria

Meghan Markle Kritik Trump, Ini Jawab Presiden AS!

Donald Trump ketika ditemuramah. -fotoITV

MEGHAN Markle diketahui ramai melabelkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebagai 'memecah belah' dan 'misoginistik' (benci perempuan).

Trump akhirnya bersuara mengenai 'serangan' bekas pelakon siri Suits itu berhubung peribadinya.

Dalam temu bual dengan Good Morning Britain yang dihoskan oleh Piers Morgan, Trump mendedahkan dia tidak dijemput ke perkahwinan diraja pada bulan Mei.

Tetapi dia mengelak dengan soalan mengenai sama ada dia 'terganggu' oleh Markle dan tunangnya Prince Harry.

Trump menjawab 'tidak yang saya tahu' apabila ditanya sama ada dia telah diberikan jemputan.

Apabila ditanya sama ada dia mahukan jemputan itu, Trump hanya berkata: "Saya mahu mereka bahagia, saya benar-benar mahu mereka gembira. Mereka pasangan yang sepadan."

Perkahwinan Harry dengan pelakon AS dilihat akan memperkukuhkan ikatan antara UK dan AS.

Tetapi Markle dengan lantang telah menkritik Trump, dengan menyokong saingannya Hillary Clinton.

Apabila Morgan menegaskan bahawa Markle telah melabelkan jutawan itu sebagai pemecah belah dan benci wanita, dia berkata: "Baiklah, saya masih harap mereka gembira." -MirrorUK

Donald Trump, Meghan Markle

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain