suria

Cuba Diserang Penduduk, Polis 'Sekolahkan' LGBT

JAKARTA: Beberapa salun kecantikan diserbu pihak berkuasa bagi menyekat kegiatan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara yang mencatatkan bilangan umat Islam paling banyak di dunia.

Kejadian di wilayah Aceh itu akhirnya lebih 10 golongan transgender yang bekerja sebagai di premis berkenaan yang didakwa telah mengejek sekumpulan budak lelaki.

Lapor Bangkok Post, polis mendakwa tindakan golongan LGBT itu melanggar undang-undang Islam negara itu.

Ketika polis bertindak, penduduk setempat juga cuba menyerang golongan berkenaan yang bekerja sebagai pakar kecantikan.

Situasi itu menyebabkan polis memotong rambut dan memaksa mereka memakai pakaian lelaki, selain bercakap dengan suara lantang.

"Kami mendapat aduan ibu bapa mengenai anak mereka diejek sekumpulan trangender.

"Bilangan mereka semakin ramai dan kami tidak mahu keadaan ini berlarutan," kata ketua polis Ahmad Untung Surianata.

Susulan itu, semua yang ditahan akan melalui latihan selama lima hari bagi mengubah mereka supaya berpenampilan sebagai lelaki sama ada cara berjalan dan bercakap, selain pendidikan moral.

"Kami mahu mengubah pemikiran mereka supaya menjadi insan yang lebih baik," kata Surianata.

Homoseksual dan gay dibenarkan di Indonesia kecuali Aceh.

Aceh dan kepulauan Sumatera melaksanakan pemerintahan berasaskan undang-undang Islam sejak 2001.






LGBT, Aceh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain