suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Maut Kereta Api Jatuh Ke Lebuh Raya

DUPONT: Sekurang-kurangnya tiga maut, manakala 100 yang lain cedera selepas gerabak kereta api penumpang tergelincir dekat Washington, kata polis.

Kejadian berlaku pada perjalanan pertama kereta api Amtrak menggunakan laluan terbaharu dari Seattle ke Portland, Oregon.

"Ramai mangsa cedera kritikal dan kami masih tidak dapat mengesahkannya sehingga mendapat maklumat terkini dari hospital," kata jurucakap Polis Washington State, Brooke Bova ketika mengesahkan angka kematian dan kemungkinan ia akan meningkat.

Menurut polis, ketika kejadian kereta api itu membawa 77 penumpang dan tujuh kru.

Ia tergelincir dekat Dupont, di antara Tacoma dan ibu kota Olympia, berhampiran selekoh berhampiran lebuh raya Interstate 5 yang sibuk pada kira-kira jam 7.40 pagi (waktu tempatan).

"Hampir semua kecuali satu daripada 14 gerabak kereta api berkenaan tergelincir dan jatuh ke atas lebuh raya yang sibuk, merempuh lima kenderaan dan dua trak," kata polis.

Amtrak, Dupont

Artikel Sebelum

12 Maut Ketika Tidur

Artikel Berikut

Artikel Lain