suria

Akibat Cemburu Buta, Pemuda Bakar Kelab Tarian Bogel

Creio Chance Bishop. - West Virginia State Fire Marshal

SEORANG pemuda yang kuat cemburu memberitahu polis bahawa dia membakar kelab tarian bogel di West Virginia kerana dia sudah muak dengan teman wanitanya yang masih bekerja di situ, kata pihak berkuasa.

Creio Chance Bishop, 21, dari Huntington ditahan pada Rabu lalu selepas dia membakar Kelab JB Gentlemen yang terletak di West Virginia, Amerika Syarikat (AS).

Bishop dilaporkan membakar kelab itu pada awal Rabu dan melarikan diri ke rangkaian pasar raya besar, Walmart yang berhampiran.

Seorang saksi yang berada di tempat kejadian bertindak menghubungi pihak polis mengenai insiden itu selepas Bishop memberitahunya agar membiarkan api tersebut dan uruskan hal sendiri," lapor WSAZ.

Kelab JB Gentlemen. - Google Images

Pihak berkuasa menemukan Bishop berhampiran kawasan kejadian dengan sebuah beg sampah berwarna hitam.

Bishop memberitahu polis: "Dia sudah letih dengan teman wanitanya yang bekerja di JB, jadi dia membakar tempat itu." lapor WCHS-TV.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kebakaran tersebut tetapi kerugian yang dianggarkan adalah bernilai AS$1,000 (RM4,087).

Pemilik kelab itu, Jim Reed, memberitahu WSAZ, teman wanita Bishop juga berada dalam bahaya.

"Saya tidak suka melakukannya, tetapi saya terpaksa melindungi perniagaan saya."

"Dia mungkin melakukan perbuatan ini lagi. Mungkin lebih buruk masa depan," kata Reed. - Fox News

cemburu buta

Artikel Sebelum

Air Mata Seorang Ibu...

Artikel Berikut

'Kai-tak' Korbankan 26 Nyawa

Artikel Lain