suria

Ribuan Terkandas, Lapangan Terbang Atlanta Bergelap

WASHINGTON: Ratusan penerbangan tertangguh atau dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield Jackson Atlanta susulan masalah gangguan bekalan elektrik pada Ahad.

Dikenali sebagai lapangan terbang paling sibuk di dunia, situasi itu menyebabkan Pentadbir Penerbangan Persekutuan (FAA) terpaksa mengumumkan pelaksanaan larangan pendaratan untuk penerbangan menghala ke Atlanta.

"Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield Jackson Atlanta putus bekalan elektrik kira-kira jam 1.00 petang (waktu tempatan) hari ini," kata lapangan terbang itu menerusi kenyataannya.

Menurut FAA, pihaknya beroperasi seperti biasa, bagaimanapun penerbangan ditangguhkan sehingga situasi pulih.

"Menara FAA boleh beroperasi seperti biasa, namun perlepasan ditangguhkan kerana peralatan lapangan terbang di terminal tidak berfungsi," katanya di Twitter.

Andaian teori mengenai punca bekalan elektrik putus itu tular di dalam talian termasuk kemungkinan pencawang elektrik terputus akibat kerja pembinaan dan kebakaran berhampiran kereta api antara terminal.

Namun, pihak pengurusan lapangan terbang itu memaklumkan punca insiden itu masih disiasat.

Sebaik kejadian itu berlaku, semua syarikat penerbangan terlibat menghebahkan makluman untuk perhatian pelanggan.

Lebih 600 penerbangan yang sepatutnya berlepas dibatalkan, manakala 449 yang menuju ke situ ditangguhkan.

Penerbangan antarabangsa yang sepatutnya mendarat di situ telah ditukar arah ke lapangan terbang berdekatan, kata pihak Kastam Amerika Syarikat menerusi Twitter.

Atlanta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Baru Setahun Dah Pandai Meluncur!

Artikel Lain