Prawit Makin Tertekan - Dunia | mStar

Prawit Makin Tertekan

JENERAL Prawit Wongsuwan yang diberi tempoh 30 hari untuk menjelaskan isu pemilikan jam tangan mewah dan cincin berlian bernilai jutaan baht kini dalam dilema.

Pegawai yang rapat dengannya memberitahu, Timbalan Perdana Menteri Thailand itu kini semakin tertekan dengan isu berkenaan.

Dianggap sebagai pemimpin yang dihormati terutama di Kementerian Pertahanan, beliau dikatakan mahu membersihkan namanya dengan meyakinkan umum bahawa barangan itu bukan miliknya.

Menurut pegawai yang enggan namanya didedahkan itu, Prawit bagaimanapun tidak tahu apakah cara terbaik untuk memaklumkan bahawa jam Richard Mille itu adalah milik rakan karibnya.

Sahabatnya telah meninggal dunia awal tahun ini, demikian menurut sumber.

Kata sumber itu lagi, Prawit dan sahabatnya itu telah mengenali satu sama lain sejak sekolah rendah dan rapat umpama saudara untuk lebih 60 tahun.

Rakannya yang juga ahli perniagaan itu adalah penggemar jam tangan dan mempunyai sejumlah koleksi barangan itu.

"Rakannya sering meminjamkan jam tangannya kepada Jeneral Prawit," kata sumber itu.

Bagaimanapun, menurut sumber berkenaan, ada jam tangan dipinjamkan kepadanya tidak dipulangkan kepada sahabatnya selepas dia meninggal dunia.

Bangkokpost melaporkan, arahan itu dikeluarkan kerana mengesyaki Wongsuwan tidak mengisytiharkan pemilihan aset itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara (NACC).

Jam tangan Richard Mille dan cincin itu menimbulkan persoalan apabila dilihat jelas pihak media ketika ianya dipakai menteri pertahanan itu ketika mengambil gambar berkumpulan bersama barisan Kabinet negara itu.

Gambar Wongsuwan menutup matanya kerana pancaran matahari telah tular.

Jam tangan tersebut dikenal pasti sebagai jam tangan Richard Mille yang berharga antara Bt4 juta dan Bt10 juta.

Gambar-gambar yang tersebar dalam talian itu menunjukkan jam tangan yang dipakai Wongsuwan berjenama sama seperti yang dipakai oleh pemain tenis elit Rafael Nadal, yang pendapatan tahunannya dilaporkan oleh majalah perniagaan antarabangsa antara AS$35 juta dan AS$42.5 juta (Bt1.14 bilion -Bt1.38 bilion).

Wongsuwan didapati tidak mengisytiharkan pemilikan jam Richard Mille atau cincin berlian dalam senarai aset dan liabiliti yang dikemukakan kepada NACC ketika dia menjadi timbalan perdana menteri pada tahun 2014.

Prawit , Richard Mille

Artikel Sebelum

Lelaki Australia Suspek Jual Misil

Artikel Berikut

Kereta Terbakar Tuang Minyak Salah Tempat

Artikel Berkaitan

Jam Tangan Mewah TPM Thai Jadi Perhatian

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain