suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta Terbakar Tuang Minyak Salah Tempat

Kereta Julie terbakar di stesen minyak. Foto Jack Gannon / SWNS.com

SEORANG lelaki bertindak berani apabila menyelamatkan seorang ibu daripada terperangkap di dalam kereta yang terbakar di sebuah stesen minyak di Engand, Jumaat lalu.

Ketika kejadian, Julie Nicklin, 54, secara tidak sengaja menuangkan bahan api di bahagian lain di kereta 'pintar' milkinya, dan bukannya yang mengandungi tangki minyak.

Keretanya mula terbakar sebaik sahaja wanita itu menghidupkan enjin kenderaan.

Kereta pintar Fortwo Pulse 2005 berkenaan meletup dan Julie berada di dalamnya.

Julie bagaimanapun bernasib baik apabila Brian Turner, 54, berada di tempat kejadian di stesen minyak Asda di Lancaster, England.

Brian yang merupakan seorang jurubina bergegas menyelamatkan Julie dengan menariknya keluar dari kereta.

Bagaimanapun, Julie tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Menurut Brian, ia mungkin disebabkan jaket yang dipakai Julie membuatkan api tidak sukar menyambar pada pakaiannya.

Jika tidak, kata Brian, dia sudah tentu juga sukar untuk menarik keluar Julie dari kereta yang sedang terbakar. 

Mengenai insiden, Julie tersilap menuang minyak dengan membuka penutup di bahagian kiri keretanya sedangkan penutup tangki minyak di bahagian kanan kenderaan. - Mirror

Artikel Sebelum

Prawit Makin Tertekan

Artikel Berikut

Artikel Lain