suria

Kelibat UFO Ekori Pesawat Dirakam

SEBUAH pesawat berjaya merakam objek terbang tidak dikenali (UFO) di ruang udara Britain.

Objek tersebut dilihat mengekori pesawat tersebut sebelum tiba-tiba hilang dari pandangan.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada rakaman tersebut yang diambil pada 2015 telah disunting.

Objek tersebut yang menyerupai piring terbang dilihat berlegar di ruang udara Kent minggu lalu.

Kelibat objek itu menyebabkan penduduk di kawasan berhampiran menganggap ia sama ada makhluk asing atau Santa Claus yang sedang membuat tinjauan sebelum sambutan Krismas.

Kent diangkat sebagai destinasi popular UFO, menurut Kumpulan Pengkaji UFO yang berpangkalan di kawasan tersebut.

Malah kumpulan itu mendakwa kawasan persisir pantai di Timur Kent dan Selatan Kent merupakan lokasi utama UFO.

UFO, Kent

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kereta Pecut Dalam Salji Tebal

Artikel Lain