suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Perempuan Dirogol, Kemaluan Ditusuk Batang Kayu

SEORANG budak perempuan berusia enam tahun bukan sahaja dirogol tetapi kemaluannya ditusuk dengan sebatang kayu sepanjang 10 inci di India.

Doktor menjumpai kayu tersebut di dalam kemaluannya semasa bedah siasat dilakukan di Hisar, utara India.

Kanak-kanak malang itu dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada Sabtu sebelum mayatnya dijumpai keesokan harinya.

Ahli keluarga mangsa enggan melakukan upacara pengembumian sehingga pelaku ditemui.

Menurut Dr Reetu Gupta, mangsa meninggal dunia kerana kesan tusukan tajam di alat kemaluannya.

"Kami juga menjumpai beberapa kesan kecederaan di dalam usus dan rahim mangsa," katanya.

Mangsa turut mengalami pendarahan di mulut dan juga tekak selain kesan lebam pada bahu dan pinggangnya.

rogol, budak perempuan

Artikel Sebelum

Tingkap Helikopter AS Tercabut

Artikel Berikut

Artikel Lain