suria

Lelaki Gagah Pikul Kuda Bersiar-Siar

MANUSIA telah menunggang kuda selama beribu-ribu tahun, tetapi seorang lelaki gagah di Ukraine membuktikan bahawa kuda juga boleh duduk dengan selesa di atas manusia.

Juara angkat berat Dmytro Khaladzhi telah menjadikan namanya lebih kukuh dengan memikul seekor kuda di belakangnya bagi membuktikan kekuatannya yang luar biasa.

Sama seperti kebanyakan manusia gagah lain, Khaladzhi melakukan banyak perkara gila, seperti membiarkan trak dipandu di atas badannya, membengkokkan rod keluli dengan gigi atau memaku kayu atau besi dengan tapak tangannya, tetapi aksi memikul kuda adalah yang paling mengagumkan setakat ini.

Beberapa video dalam talian menunjukkan dia meletak dan mengangkat seekor kuda dewasa di belakangnya sambil berjalan seperti biasa tetapi dengan beban yang luar biasa, sementara haiwan tersebut dilihat 'menikmati' perjalanannya.

Bagaimanapun, apa yang dilakukan ini tidak selalu berjalan lancar kerana kuda tidak biasa diangkat apatah lagi dipikul oleh manusia, tetapi kaki kuda terpaksa diikat supaya bagi mengelakkan kecederaan atau berlaku perkara tak diingini.

Khaladzhi mungkin akan hilang keseimbangannya, menyebabkan dia dan kuda yang dipikulnya jatuh.

Halaman Wikipedia Dmytro Khaladzhi menunjukkan bahawa dia memegang 63 Rekod Guinness dan menjadi juara kejohanan pertama Persekutuan Angkat Berat Bebas-Dadah Ukraine.

Menurut laman berita berpengkalan di Donbas, lelaki gagah berusia 38 tahun itu memilih untuk tinggal di rantau perang di Ukraine, walaupun pilihannya itu menghalang kerjaya atlet dan lakonannya.

Di sana, dia dilaporkan menyertai puak pemisah dan kadang-kadang menghiburkan mereka dengan aksi luar biasanya.

Artikel Sebelum

Gaduh Gara-Gara Nuget Ayam

Artikel Berikut

Artikel Lain