suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Facebook Sekat Gambar Wanita Bersalin

TINDAKAN pakar obstetrik, Dr Lin Tzu-hung berkongsi gambar seorang wanita menyambut kelahiran bayinya di dewan bersalin Pusat Dianthus MFM, Taiwan menerusi laman Facebook akhirnya mengundang padah.

Dr Lin atau nama Inggerisnya, Jason berkata dia sekadar mahu berkongsi pengalaman indah itu bersama netizen.

"Ibu berani ini baharu sahaja selamat melahirkan bayinya dengan sendiri. Pengalaman yang indah," tulisnya.

Gambar tersebut yang tular di media sosial mendapat lebih 10,000 like.

Namun tidak lama selepas itu, gambar itu disekat kerana diklasifikasikan sebagai bahan pornografi.

Dr Lin turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan menyekat gambar tersebut.

"Facebook menyekat gambar detik ibu berani melahirkan bayinya sendirian kerana menganggap ia bahan pornografi. Saya amat kecewa," tulisnya.

wanita bersalin, Facebook

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Orang Utan Pandai Selfie

Artikel Lain