suria

TPM Thai Diberi 30 Hari

TEMPOH 30 hari diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan bagi menjelaskan bagaimana beliau memiliki jam tangan mewah dan cincin berlian bernilai jutaan baht.

Bangkokpost melaporkan, arahan itu dikeluarkan kerana mengesyaki Wongsuwan tidak mengisytiharkan pemilihan aset itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara (NACC).

Jam tangan Richard Mille dan cincin itu menimbulkan persoalan apabila dilihat jelas pihak media ketika ianya dipakai menteri pertahanan itu ketika mengambil gambar berkumpulan bersama barisan Kabinet negara itu.

Gambar Wongsuwan menutup matanya kerana pancaran matahari telah tular.

Jam tangan tersebut dikenal pasti sebagai jam tangan Richard Mille yang berharga antara Bt4 juta dan Bt10 juta.

Gambar-gambar yang tersebar dalam talian itu menunjukkan jam tangan yang dipakai Wongsuwan berjenama sama seperti yang dipakai oleh pemain tenis elit Rafael Nadal, yang pendapatan tahunannya dilaporkan oleh majalah perniagaan antarabangsa antara AS$35 juta dan AS$42.5 juta (Bt1.14 bilion -Bt1.38 bilion).

Wongsuwan didapati tidak mengisytiharkan pemilikan jam Richard Mille atau cincin berlian dalam senarai aset dan liabiliti yang dikemukakan kepada NACC ketika dia menjadi timbalan perdana menteri pada tahun 2014.

Ahli pasukan perundangan Parti Pheu Thai, Ruangkrai Leekijwattana pada Selasa menggesa NACC untuk menyiasat sama ada Wongsuwan cuba menyembunyikan asetnya.

Setelah membuat pemerhatian terhadap jeneral itu sejak dia berkhidmat sebagai ketua tentera di bawah pemerintahan Abhisit Vejjajiva sehingga peranannya sebagai tokoh utama dalam kerajaan junta, Leekijwattana mengatakan bahawa Wongsuwan mungkin memiliki sejumlah aset, termasuk barang kemas dan jam tangan yang bernilai lebih dari Bt200,000 yang didakwa telah disembunyikannya daripada NACC. 

Wongsuwan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Berani Dia Rembat Senapang Polis

Artikel Lain