suria

Video Gaduh Tular, Polis Siasat Identiti Suspek

SINGPURA: Polis sedang menyiasat kejadian empat lelaki terlibat dalam pergaduhan di lobi Hotel Peninsula Excelsior, susulan video insiden itu tular di media sosial.

Video yang dimuat naik di Facebook pengguna Keh Zui pada Isnin menunjukkan lelaki terlibat menendang, menumbuk dan melemparkan kerusi antara satu sama lain sambil menjerit menggunakan dialek Hokkien.

Rakaman itu dikongsi lebih 2,000 kali.

Kejadian itu berlaku di lobi hotel yang terletak di Lebuh Coleman 5 pada 26 November lalu.

Pihak polis telah mengesahkan kepada The Straits Times pada Rabu bahawa laporan telah dibuat berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.-The Straits Times/Asia News Network



Keh Zui

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain