suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kematian Shashi Kapoor: BBC Minta Maaf

PORTAL berita antarabangsa, BBC memohon maaf selepas menunjukkan dua klip video pelakon yang salah ketika melaporkan kematian Shashi Kapoor.

Kelmarin, dua klip video yang dimainkan penyampainya Huw Edwards mengumumkan pelakon Bollywood meninggal dunia berusia 79 tahun.

Tetapi kedua-dua pelakon yang disiarkan adalah anak saudara Shashi iaitu Rishi Kapoor dan seorang lagi pelakon terkenal Bollywood  Amitabh Bachchan.

Susulan itu, editor program Paul Royall meminta maaf di Twitter kerana kesalahan itu.

Bagaimanapun, kesilapan itu telah dikritik oleh beberapa pelakon di media sosial.

Dalam satu kenyataan, BBC berkata, berita BBC sangat menyesal tentang kesilapan tersebut yang digunakan untuk menandakan kematian Shashi Kapoor.

"Kesilapan amat dikesali dan BBC meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan,” katanya.

Aasmah Mir, yang membawakan Saturday Live di BBC Radio 4, turut menyatakan kekesalannya di atas kesilapan itu. - BBC


Shashi Kapoor, BBC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bahang Seluruh California

Artikel Lain