suria

Operasi AirAsia Ke Bali, Lombok Pulih

AIRASIA meneruskan operasi biasa dari dan ke Bali dan Lombok, dengan persekitaran Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok, dijangkakan jelas.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata syarikat penerbangan itu akan terus memantau keadaan, dan akan memastikan penumpang dimaklumkan sebarang perkembangan terkini, dan mereka akan dinasihatkan untuk memeriksa status penerbangan di Twitter (@AAAsia) atau airasia.com sebelum menuju ke lapangan terbang.

AirAsia berkata penumpang yang terbang ke Bali atau Lombok dari sekarang hingga 31 Disember, 2017 yang tidak lagi berminat meneruskan perjalanan masing-masing, boleh memilih destinasi opsyen pemulihan.

"Bagi penerbangan dari 25 November hingga 10 Disember 2017, penumpang boleh memilih untuk menukar penerbangan dan tarikh perjalanan baharu pada laluan yang sama dalam tempoh 30 hari daripada  tarikh penerbangan asal tanpa kos tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

"Mereka juga boleh menyimpan nilai tambang dalam akaun AirAsia BIG Loyalty untuk perjalanan pada masa depan dengan AirAsia atau dapatkan bayaran balik sepenuhnya dalam jumlah yang sama dengan tempahan anda, mengguna e-borang yang tersedia di support.airasia.com," katanya.

Sementara itu, bagi penerbangan dari 11 Dis hingga 31 Dis, 2017, penumpang boleh memilih sama ada menukar penerbangan ke tarikh perjalanan baharu pada laluan yang sama sehingga 31 Jan, 2018 tanpa kos tambahan dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk atau meneruskan perjalanan ke destinasi lain dalam rangkaian AirAsia rangkaian dengan perbezaan tambang, bergantung kepada ketersediaan tempat duduk.

“Penumpang kami boleh menyimpan nilai tambang di akaun AirAsia BIG Loyalty untuk perjalanan dengan AirAsia pada masa depan. - Bernama

AirAsia, Bali, Lombok

Artikel Sebelum

Artikel Lain