suria

Budak Paling Cantik Di Dunia

KANAK-KANAK Rusia ini telah dinobatkan sebagai 'budak perempuan paling cantik di dunia' selepas memperoleh lebih 500,000 pengikut di media sosial.

Anastasia Knyazeva yang lebih mesra dipanggil Anna hanya berusia enam tahun, tetapi mempunyai pengikut Instagram lebih ramai berbanding selebriti terkenal di United Kingdom.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa Anna yang menjadi pilihan. Jawapannya terlepas kepada matanya yang menawan, demikian menurut 523,000 pengikutnya walaupun mereka tidak mengenalinya.

Malahan, ada yang melabelkan anak kecil ini sebagai seorang yang sempurna.

Lebih mengejutkan apabila ada pengikutnya yang mengajaknya keluar.

Akaun media sosial Anna yang dikendalikan ibunya yang juga bernama Anna dikatakan bakal mengikut jejak langkah model kanak-kanak, Thylane Blondeau yang mendapat perhatian ramai pada 2007 dan ketika itu juga berusia enam tahun.

Blondeau adalah model paling muda yang diketengahkan majalah Vogue edisi Perancis.

Bagaimanapun, realitinya ada juga yang tidak meminati akaun Instagram Anna.

Ada yang mendakwa ibu bapa Anna telah menyolek anak mereka keterlaluan.

Anna, Rusia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Terlelap: Sindrom Undang Maut

Artikel Lain