suria

Dipenjara Kerana 'Jeans Koyak'

KAHERAH: Seorang peguam dipenjara tiga tahun selepas mengeluarkan kenyataan wanita yang mengenakan seluar jeans koyak layak dinodai.

Memetik BBC.com, Nabih al-Wahsh yang muncul dalam sebuah program televisyen bertindak mengatakan perkara sedemikian pada Oktober lalu.

"Apakah anda senang ketika melihat seorang wanita berjalan dengan pakaian yang memperlihatkan setengah dari tubuhnya?

“Bagi saya, apabila seorang wanita berjalan seperti itu, ia adalah tanggungjawab patriotik untuk melecehkan seksualnya dan kewajipan negara untuk menodainya," ujarnya.

Menurutnya, wanita yang memakai pakaian seperti itu secara sengaja mengundang lelaki untuk mengganggu mereka.

Sejurus kenyataan itu, pelbagai bantahan awam diterima termasuk Majlis Kebangsaan Hak-Hak Wanita yang turut mengecam kenyataan itu.

Kenyataan seumpama itu adalah salah dan melanggar perlembangaan Mesir.

Majlis kini memfailkan aduan mengenai pernyataan tersebut kepada Majlis Tertinggi Peraturan Media mengenai siaran yang disiarkan pada 19 Oktober.

Nabih al-Wahsh, seorang konservatif terkemuka, juga didenda 20,000 pound (RM110,205.00).


Nabih, Kaherah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain