suria

Pemuda Ditahan Kerana Bau Stokin

DELHI: Hanya kerana memakai stokin busuk, seorang penumpang bas telah ditahan polis di bandar ini.

Menurut pihak polis, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan kerana bau busuk stokinnya telah mengganggu penumpang lain.

Menurut laporan BBC, penumpang bas lain membuat laporan polis selepas Prakash Kumar yang dianggap telah menimbulkan 'gangguan awam'.

Insiden tersebut berlaku ketika bas dalam perjalanan ke Delhi dan Prakash menanggal stokin serta kasutnya di dalam bas.

Bau stokin tersebut sangat teruk sehingga ramai penumpang meminta Prakash menyimpan stokin tersebut di dalam beg.

Prakash bagaimanapun berdegil dan berlaku pertelingkahan diantara beliau dan penumpang lain.

Penumpang kemudian memaksa pemandu bas berhenti di sebuah balai polis di Himachal Pradesh sebelum laporan polis dibuat.

Hindustan Times mengatakan Prakash menafikan stokinnya berbau busuk dan penumpang lain bertengkar dengannya 'tanpa alasan'.

Polis membenarkan Prakash diikat jamin.

Prakash, Delhi

Artikel Sebelum

Zoo Pamer Belon Ganti Haiwan

Artikel Berikut

Artikel Lain