Gara-Gara Aksi Lucah, Impian Majlis Kahwin Musnah - Dunia | mStar

Gara-Gara Aksi Lucah, Impian Majlis Kahwin Musnah

Seorang paderi enggan mengahwinkan pasangan warga Britain susulan gambar sepasang pengantin berkelakuan lucah di sebuah pulau di Greece, sehingga menjadi tular.

PASANGAN warga Britain terpaksa membatalkan majlis perkahwinan mereka di sebuah pulau di Greece seperti yang diimpikan selepas seorang paderi melarang warga asing berbuat demikian.

Larangan itu gara-gara gambar sepasang pengantin lain berkelakuan lucah di negara itu sehingga menimbulkan kekecohan.

Emma Coupland dan Stephen Wilson dari Wakefield diberitahu oleh pengendali pengembaraan TUI supaya memindahkan lokasi asal majlis di Pulau Rhodes di Greece.

Paderi berkenaan menolak untuk mengahwinkan warga asing selepas gambar pasangan pengantin warga Britain, Matthew dan Carly Lunn berkelakuan lucah selepas majlis perkahwinan mereka, menjadi tular.

Bercakap kepada The Sun, Emma berkata: "Mereka menghubungi saya minggu lalu bahawa ia secara rasmi dibatalkan. Saya terkejut."

Pasangan itu kini terpaksa berpindah lokasi lain sekali gus memusnahkan impian mereka untuk berkahwin di tepi pantai pasir putih.

Seorang jurucakap TUI UK berkata: "Susulan keputusan paderi berhubung pulau Rhodes, kami telah menghubung pasangan itu dan membincangkan mengenai pilihan mereka.

"Keadaan yang berlaku di luar kawalan kami, dan kami memahami betapa pentingnya buat pelanggan berikutan persiapan berkaitan majlis telah ditempah.

"Kami berterima kasih kepada mereka kerana memahami dan bersabar. Kami akan membantu mereka untuk membuat rancangan alternatif," katanya. - Mail Online

Artikel Sebelum

Jamie Oliver Dedah Pernah Muflis

Artikel Berikut

Mereka Langsung Tak Peduli!

Artikel Berkaitan

Abang Lionel Messi Ditahan

Artikel Lain