suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jamie Oliver Dedah Pernah Muflis

Jamie Oliver. Foto Channel 4

CHEF terkenal, James Oliver mendedahkan beliau pernah muflis selama tiga minggu selepas menghabiskan kesemua wang hasil jualan buku pertamanya.

Selebriti chef berumur 42 tahun yang mempunyai nilai kekayan £150 juta (RM825 juta) berkata: "Saya mendapat sejumlah wang daripada orang ramai kerana membeli buku pertama saya dan telah menghabiskan kesemuanya dan banyak lagi.

"Saya muflis selama tiga minggu tapi tiada sesiapa pun yang tahu.

"Bila saya dapat wang saja, saya tidak pernah menyimpannya," katanya.

Awal tahun ini, perniagaan Jamie terpaksa menuntup enam restoran Italinya. 

Syarikatnya kini sedang berusaha menyelesaikan hutang berikutan rangkaian itu mengalami kerugian £9.9 juta (RM54.4 juta) tahun lalu.

Bagaimanapun, Jamie yang terkenal dengan program masakan Naked Chef masih memperoleh pendapatan menerusi penyiaran rancangan itu dan buku resepinya.

Nilai kekayaannya bersama isteri, Jools, 42, kini berjumlah £240 juta (RM1.32 bilion). - Mirror

Jamie Oliver, Naked Chef

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain