suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mandian Haruman Ayam KFC Diperkenal

-foto KFC/Village Vanguard/Livedoor

SYARIKAT rangkaian makanan segera KFC baru-baru ini bekerjasama dengan pembekal barangan pelik Jepun, Village Vanguard, untuk menghasilkan mandian yang mempunyai bauan seperti ayam goreng KFC.

Bukan sahaja bentuk dan warnanya yang menyerupai ayam KFC, ia juga akan mengasilkan buih seperti ayam digoreng dalam minyak panas setelah dimasukkan ke dalam tab mandi.

Photo: KFC/Village Vanguard/Livedoor

Sebaik sahaja dimasukkan ke dalam air, buih-buih kecil karbon dioksida akan menghasilkan ilusi seperti sedang menggoreng yang mana airnya bertukar warna seperti minyak masak.

Produk itu dikatakan akan menjadi kegilaan ramai di Jepun kerana masyarakatnya yang gemarkan produk pelik.

Photo: KFC/Village Vanguard/Livedoor

Bagaimanapun, KFC tidak berhasrat untuk menjual produk itu kepada pasaran terbuka.

Produk itu hanya terhad untuk 100 peminat bertuah menerusi kempen yang diadakan di sebuah laman web Jepun.

Kempen itu bermula pada 1 November dan akan berakhir pada 15 November ini.

Mandian KFC, KFC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain