suria

Majlis Kahwin 'Jerat' Suspek Kes Bunuh

SURIN: Tiga suspek kes bunuh di selatan wilayah ini telah ditahan di daerah Muang selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di Ubon Ratchathani, selepas hampir enam bulan diburu pihak berkuasa.

Penahanan dibuat ketika suspek dalam van di Jalan Liang Muang pada Rabu.

Bahagian jenayah polis telah menjejaki suspek hingga ke majlis berkenaan yang berlangsung di daerah Det Udom.

Sebaik selesai meraikan pasangan pengantin, suspek telah meninggalkan majlis menggunakan van dan ditahan polis sebaik memasuki wilayah ini.

Ketiga-tiga suspek iaitu Saeng-arthit Kaewkliang, Picha Damfai dan Jirasak Damfai dikehendaki polis dan waran tangkap telah dikeluarkan mahkamah wilayah Phatthalung kerana kesalahan membunuh dan memiliki senjata api secara haram.

Mereka adalah antara lima suspek yang diburu polis susulan kejadian tembakan yang mengorbankan Sawai Kaensang, 45 di daerah Pa Bon pada 13 Mei lalu.- BangkokPost


Muang, Picha Damfai

Artikel Sebelum

Sayang Atau Lapar Sebenarnya Ni?

Artikel Berikut

Selepas Trump, Tillerson Lawat Asia

Artikel Lain