suria

Wanita Bogel Mahu Naikkan Semangat Rakan Sepejabat

NETIZEN berang apabila satu rakaman menunjukkan seorang wanita berbogel sambil berjalan mengelilingi pejabatnya menjadi tular.

Insiden yang berlaku di Warsaw, Poland itu dipercayai dirancang oleh seorang majikan untuk menaikkan semangat pekerjanya.

Aksi wanita itu yang hanya memakai but dan berkaca mata kelihatan seolah-olah meniru babak dalam filem Wolf of Wall Street.

Majikannya dikatakan telah membayar wanita itu untuk berbuat demikian.

Menerusi video itu, dia berarak dalam keadaan telanjang sebelum memakai semula pakaian dan duduk di meja kerjanya.

Namun, wanita itu dipercayai telah berhenti kerja semenjak videonya tular di internet.

Mengulas mengenai video itu, seorang lelaki menyifatkan dunia sudah hampir kiamat apabila manusia mula berkelakuan seperti haiwan dan tiada harga diri.

Namun, ada juga individu yang bertindak mempertahankan aksi dalam video itu.

"Saya tidak faham kenapa ramai orang marah. Ya, gadis itu berbogel. Tak usah pura-pura terkejut macam tak pernah tengok wanita berbogel sebelum ini," kata lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Buu.

bogel

Artikel Sebelum

Selepas Trump, Tillerson Lawat Asia

Artikel Berikut

Hotel ‘Terkecil’ Di Dunia

Artikel Lain