suria

Kim Jong-un 'Lupa' Senjata, Lawat Kilang Kosmetik

-fotoREUTERS

PEMIMPIN Korea Utara Kim Jong-un nampaknya telah melupakan seketika kontroversi negaranya dengan Amerika Syarikat (AS) serta sekutu-sekutunya untuk melawat kilang kosmetik di Pyongyang.

Dia meluangkan masa melawat kilang tersebut yang baru diubah suai bersama beberapa ahli parti kanan dan isterinya yang jarang-jarang dapat dilihat, Ri Sol-ju.

-fotoREUTERS

Kilang ini pernah dikunjungi oleh bapanya yang juga pemimpin terdahulu Kim Jong-il 14 tahun lalu.

Lawatan tersebut telah disiarkan di media tempatan, sehari selepas Setiausaha Pertahanan AS James Mattis berkata negaranya 'tidak akan menerima' negara bersenjata nuklear Korea Utara.

Mattis berkata sebarang penggunaan senjata sedemikian akan diberikan 'tindak balas ketenteraan besar-besaran', ketika melawat Seoul pada Sabtu.

-fotoREUTERS

Ketegangan antara Korea Utara dan AS semakin meningkat berikutan siri ujian nuklear dan peluru berpandu Korea Utara selain retorik antara Jong-un dan Presiden AS Donald Trump.

Lawatan itu jelas berbeza dengan lawatan biasanya yang mana Jong-un sering bergambar dengan peluru berpandu dan senjata, tetapi kali ini bergambar dengan sabun dan produk kecantikan.

Dia memuji syarikat itu dan menggesa supaya mereka menghasilkan kosmetik bertaraf dunia. -BBC

Kim Jong-un

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain