suria

Penari Tuli Berang Implan Telinga Disunting

SEORANG pemenang anugerah yang merupakan penari tuli berang dengan tindakan kelab kesihatan global, Virgin Active kerana menyunting implan pendengarannya menerusi iklan internet antarabangsa.

Simone Botha Welgemoed (gambar), 27, hanya berusia 22 bulan ketika dia menjadi kanak-kanak termuda di Afrika yang dipasangkan implan cochlear pada 1992.

Imej iklan yang dimuat naik oleh Virgin Active yang sudah menyunting implan yang dipakai oleh Simone.

Pihak Virgin Active telah menurunkan iklan awal yang dimuat naik mereka dan menggantikannya dengan gambar Simone yang asal.

Namun, selepas terpilih menjadi model iklan untuk Virgin Active, dia terkejut apabila melihat implan itu telah disunting daripada bahagian telinga kanannya.

Simone yang pernah dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Tuli Afrika Selatan pada 2012 berkata: "Saya amat terkejut dan berasa seperti sangat tidak setuju dengan apa yang berlaku.

"Saya tidak percaya apa yang dilihat apabila kakak menempel (tagged) nama saya pada iklan Virgin Active di laman Instagram.

"Saya dilahirkan tuli dan menerima impan pada umur 22 bulan.

"Ketika itu, saya merupakan individu termuda yang menerimanya, saya langsung tidak boleh mendengar tanpanya."

Simone telah menghubungi kelab tersebut sebaik menyedari terdapat kesilapan mengenai iklan itu pada September.

Gadis jelita itu mendakwa pihak mereka telah memilih aspek astetik berbanding realiti biarpun menyedari statusnya untuk menjayakan iklan tersebut. - The Mirror

Artikel Sebelum

Sotong Paling Bijak?

Artikel Berikut

Artikel Lain