suria

TPM Australia Hilang Status Ahli Parlimen

CANBERRA: Mahkamah Tinggi Australia memutuskan Timbalan Perdana Menteri Australia, Barnaby Joyce  hilang status sebagai Ahli Parlimen.

Pelucutan kelayakan sebagai Ahli Parlimen itu susulan status kerakyatan dua negara yang dimilikinya.

"Inilah antara cabaran dalam politik, berdepan tekanan dan pengorbanan," kata Joyce kepada pihak media.

Keputusan itu menyebabkan gabungan parti Perdana Menteri, Malcom Turnbull kehilangan satu kerusi, memaksa beliau mendapatkan sokongan satu daripada tiga ahli perundangan untuk kekal sebagai kerajaan minoriti dalam sidang Parlimen yang masih berbaki dua minggu lagi.

Kes membabitkan Joyce dianggap paling kritikal kerana beliau berada di dalam Dewan Rakyat menerusi gabungan parti Liberal-Nasional diketuai Turnbull yang menguasai Parlimen dengan kelebihan satu kerusi.

Selain Joyce, enam ahli politik lain turut berdepan senario sama selepas penemuan mengenai kerakyatan mereka beberapa bulan lalu.

Menurut Perlembagaan Australia, individu yang memegang dua kerakyatan dilarang bertanding dalam pilihan raya dan menyandang sebarang portfolio.

Mahkamah juga memerintahkan Joyce untuk mendapatkan mandat baharu di kawasan Parlimen yang diwakilinya, New South Wales. - Reuters

Joyce, Australia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kenal Warna Menerusi Bau

Artikel Lain