suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zakir Naik Akan Didakwa Di India

NEW DELHI: Agensi Penyiasatan Nasional India (NIA) memfailkan kertas pertuduhan terhadap ulama kontroversi, Dr Zakir Naik kerana didakwa mendorong generasi muda terlibat dalam kegiatan pengganas, selain menyampaikan ceramah yang mencetuskan kebencian.

Dokumen 58 helaian itu menuduh Zakir terlibat dalam pelbagai tindakan dan mengganggu keharmonian komuniti negara itu.

Beliau juga dituduh mengagihkan dana kepada kegiatan anti-India.

Pada Julai, ulama ini telah diisytiharkan sebagai pesalah oleh mahkamah khas dan susulan itu NIA memulakan proses untuk membekukan asetnya mengikut undang-undang.

Pada 18 November 2016, NIA telah membuat laporan melibatkan kes jenayah terhadap Zakir di Mumbai, merangkumi pelbagai seksyen dalam Kanun Keseksaan India dan Akta Kegiatan Menyalahi Undang-Undang (Pencegahan).

Pada masa sama, kerajaan India telah mengisytiharkan Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) yang diasaskan Zakir sebagai tidak sah.

Berikutan itu juga, NIA telah menyerbu pejabat, sekolah dan premis saluran televisyen persendirian yang kemudiannya telah ditutup.


Zakir Naik, NIA

Artikel Sebelum

Kenal Warna Menerusi Bau

Artikel Berikut

Artikel Lain