suria

Lelaki Alat Kelamin Terbesar Di Dunia Selamat Dibedah

-fotoBarcroft

SEORANG lelaki yang mempunyai alat kelamin terbesar di dunia selamat menjalani pembedahan yang mengubah kehidupannya.

Horace Owiti Opiyo, yang dikenali sebagai Forence, dari Kibigori, Kenya, mula menyedari terdapat ketumbuhan pada alat kelaminnya pada tahun 2006 ketika berusia 10 tahun.

Prosedur awal membuang ketumbuhan itu dibuat pada tahun 2007 tetapi ia muncul semula beberapa tahun kemudian.

Lelaki yang kini berusia 20 tahun itu kemudian didiagnosis menghidap elephantiasis (untut) pada alat kelaminnya yang mana ia akan membengkak sehingga 20 kali lebih besar dari saiz purata.

Lama-kelamaan, ketumbuhan ini menyebabkan kerandut dan zakar Forence membesar sehingga saiz hampir satu meter panjang.

-fotoBarcroft

Dia berkata: "Mula-mula ia sangat kecil, macam bisul. Kemudian saiz penumbuk saya, sebelum berkembang menjadi lebih besar."

Forence akhirnya terpaksa berhenti sekolah kerana kerandutnya semakin besar dan berat (5kg) menyebabkan dia tidak dapat memakai pakaian atau berjalan dengan mudah.

Rakan-rakan kelas sering mengusiknya dan dia tidak mampu lagi menanggung kos untuk menjalani pembedahan.

Forence mula menghabiskan lebih banyak masa di rumah yang dikongsi bersama dengan abangnya, Eliza dan neneknya, Salina.

Ibu bapanya meninggal dunia ketika dia berusia lima tahun.

Forence berkata: "Saya beritahu nenek bahawa saya dijangkiti penyakit, tetapi saya tidak pasti apa penyakitnya. Ia boleh jadi sumpahan. Saya tahu ia bukan dari Tuhan, tetapi syaitan."

Sesetengah penduduk tempatan percaya ubat herba boleh menyembuhkan penyakit ini dan Salina menasihati cucunya supaya menggosok ubat herba pada alat kelaminnya.

Forence menambah: "Kesakitan semakin tak dapat ditahan, saya langsung tidak boleh berjalan atau duduk."

-fotoBarcroft

Dalam usaha untuk membantu Forence, jirannya, Duncan Otieno, telah mengambil gambar alat kelamin Florence dan menyiarkannya di Facebook sambil mengharapkan bantuan.

Posting itu tular dan sampai ke pengetahuan isteri Gabenor Kisumu, Olivia Ranguma, yang meminta seorang doktor untuk menilai keadaan Forence.

Ambulans dihantar untuknya segera. Doktor-doktor di Hospital Jaramogioginga Odinga memeriksa Forence dan dia didiagnosis dengan 'elephantiasis Scrotal'.

Dr Emmanuel Benge menjelaskan: "Dalam bahasa perubatan ia dipanggil 'lymphedema' yang mana tisu anda telah membengkak.

"Dalam kes ini adalah alat kelaminnya, jadi ia disebut elephantiasis. Scrotal elephantiasis boleh disebabkan oleh gigitan nyamuk yang menyuntikkan larva ke dalam aliran darah. Larva matang menjadi cacing parasit invasif, yang menghalang sistem saliran badan menyebabkan lymphedema, atau bengkak tisu, dan penebalan kulit. Imbasan menunjukkan bahawa di dalam kerandut Forence, adalah dua buah zakar yang sihat."

Hospital telah menjalankan dua pembedahan bagi membantu Florence.

Ketua pembedahan, Dr Dan Raburu berkata: "Kami memberi tumpuan kepada mencari dan meletakkan testis di tempat yang betul.

"Kami kemudiannya menumpukan kepada membuang tisu, kulit, daging dan lemak yang berlebihan di sekelilingnya dan membina semula batang zakar supaya ia dapat dilihat."

Forence berkata: "Saya sangat gembira dapat menjalani pembedahan, saya langsung tidak takut."

Dia berkata: "Ketika saya bangun, saya terkejut tubuh saya sangat ringan. Seluruh kesakitan telah hilang.

"Saya dapat berenang sekarang. Sebelum ini saya tidak dapat pergi dekat dengan air kerana ketumbuhan itu.

"Sekarang saya boleh berlari dan saya boleh bermain bola sepak. Sekarang saya bebas!" -metroUK

Forence, ketumbuhan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain