suria

Putera Harry Jatuh 'Cinta Pandang Pertama'

-fotoAFP

PUTERA Harry telah lama 'mengintai' Meghan Markle sebelum mereka bertemu.

Pasangan yang sedang dilamun cinta ini dikatakan akan mendedahkan tentang pertunangan mereka dalam masa terdekat.

Markle dan Harry dipercayai telah bercinta lebih dari satu tahun, dengan pasangan itu muncul buat kali pertama di khalayak ramai di Invictus Games.

Tetapi sumber diraja mendedahkan bahawa Harry telah jatuh cinta pandang pertama dengan pelakon Amerika itu sebelum pertemuan pertama mereka.

Kate Nicholl mendedahkan bahawa Harry menggambarkan watak paralegal Rachel Zane yang dimainkan Markle sebagai 'wanita sempurna' kepada sahabatnya.

Nicholl berkata: "Dia telah terpikat dengan Rachel Zane dua tahun sebelum bertemu dengan Meghan dan saya tahu tentang itu kerana ketika itu saya sedang minum dengan salah seorang rakannya.

"Rakan saya beritahu saya bahawa suatu malam dia telah keluar bersama Putera Harry. Pada masa itu Harry tiada kekasih, jadi dia bertanya 'Harry, siapa gadis ideal anda?' dan dia berkata Meghan Markle dari Suits."

Harry sangat terkesan dengan watak tersebut sehingga membawanya mengatur pertemuan pasangan itu pada 2016 ketika Markle berada di Wimbledon.

Nicholl menambah: "Dia bertanya sama ada mereka dapat bertemu, tetapi bukan temu janji, dan ia berlaku di salah sebuah bilik peribadi rumah Soho.

"Ada kira-kira tujuh atau lapan orang ketika itu dan ia merupakan peluang yang sempurna untuk Harry dan Meghan bertemu dalam persekitaran yang benar-benar tidak formal dan berbual.

"Dia lucu, penuh semangat dan yakin serta tidak terpengaruh oleh hakikat bahawa dia sedang bercakap dengan Putera Harry." -dailystar


Putera Harry, Meghan Markle

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain