suria

Guna Robot Kesan Pemandu Langgar Peraturan Jalan Raya

BEIJING: Polis trafik Beijing pada Isnin mula menggunakan bantuan robot dalam mengendalikan kesalahan membabitkan parkir kereta dan memandu kenderaan di lorong kecemasan, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut pihak berkuasa tempatan, robot bersaiz bagasi seberat 20 kilogram itu, diuji di lebuh raya lapangan terbang di bandar berkenaan.

Berbekalkan bateri yang dicas penuh, robot itu mampu bergerak antara lima hingga lapan jam, kata seorang jurucakap bahagian sains dan teknologi cawangan polis trafik Beijing.

Robot berkenaan, berupaya merakam imej dan video pemandu yang parkir kenderaan di tempat dilarang serta kereta yang dipandu di lorong kecemasan, rakaman kemudian dihantar kepada pihak polis.

Selain itu, robot tersebut boleh menghantar amaran suara kepada pengguna lebuh raya sekiranya berlaku kesesakan jalan raya, kemalangan, penyelenggaraan dan cuaca buruk.

Polis trafik Beijing, dijangka menggunakan lebih banyak robot di lebuh raya lain di bandar berkenaan, sebagai usaha mengurangkan kesalahan selain bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya. - BERNAMA

robot, Beijing

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain