suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Wanita Dibunuh Setiap Empat Jam Di Mexico

Gambar hiasan.

MEXICO: Data Institut Statistik dan Geografi Kebangsaan (INEGI) pada Isnin mendedahkan dalam tempoh 10 tahun lalu, seorang remaja atau wanita dibunuh setiap empat jam di Mexico.

Sejak 2007 hingga 2016, seramai 22,482 wanita dibunuh di 32 negeri.

Antara punca utama kematian ialah kecederaan akibat keganasan, lemas, digantung, dibakar atau ditembak.

Menurut INEGI siasatan terhadap kes pembunuhan ganas oleh Pejabat Pendakwa dan Pejabat Peguam Negara juga meningkat daripada 1,083 pada 2007 kepada 2,735 pada 2016.

Bandaraya Mexico, Guerrero, Hidalgo, Morelos, Puebla dan Tlaxcala paling banyak menyumbang kepada jumlah keseluruhan 8,065 kes pembunuhan.

pembunuhan, Mexico

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain