suria

Penjenayah Serah Diri, Hantar Donut Jika Polis Dapat...

Zaydel mengotakan janji setelah pihak polis berjaya mendapat lebih 1,000 perkongsian bagi posting yang meminta bantuan orang ramai menjejakinya di Facebook.

SEORANG lelaki dari Michigan, Amerika Syarikat (AS)  yang dikehendaki pihak polis kerana melanggar tempoh percubaannya berjanji untuk menyerahkan diri dan membawa sedozen donat jika mereka boleh berjaya mendapat sekurang-kurangnya 1,000 perkongsian di laman Facebook.

Cabaran pelik itu tular dan apabila polis berjaya meraih jumlah perkongsian tersebut, lelaki terbabit menunaikan janjinya.

Michael Zydel yang berusia 21 tahun itu telah melanggar peraturan tempoh percubaannya di atas kesalahan memandu di bawah pengaruh (DUI) dan melakukan serangan, yang mendorong jabatan polis Redford Township untuk memuat naik rayuan melalui Facebook untuk meminta orang awam agar membantu mereka membawanya ke muka pengadilan.

Zydel yang menggunakan nama samaran "Champagne Torino" di Facebook turut meninggalkan komen pada posting tersebut, mengatakan bahawa dia tidak risau mengenai perkara itu dan mencabar polis untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1,000 perkongsian pada posting yang berikutnya jika mereka mahu dia menyerahkan diri.

"Saya tidak bimbang," kata Zydel.

"Jika posting anda yang seterusnya mendapat 1,000 perkongsian, saya akan menyerahkan diri dan membawa sedozen donat. Ini adalah satu janji.

"Dan saya akan mengutip setiap sampah di semua sekolah awam, mari kita lihat jika anda boleh mendapatkan perkongsian itu," tulisnya.

Pihak polis menyatakan bahawa mereka tidak tahu sama ada Zydel akan menunaikan janji tersebut, namun mereka beranggapan tidak salah jika mencuba cara pelik itu.

Selepas berita mengenai perkara tersebut tular, pihak polis berjaya mendapat 4,000 perkongsian dan akhirnya remaja tersebut menyerahkan diri bersama satu beg donat.

"Zaydel mengotakan janji. Dia datang sendiri dan bukan setakat donat, dia bawa bagel juga! Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan kerjasama dan reaksi positif tentang permintaan ini," ujar sumber polis tersebut. - Odditycentral

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lukisan Trump Dijual RM67,650

Artikel Lain