suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Misteri Gerbang Padang Pasir

PERTH: Ahli arkeologi menemui 400 struktur batu misteri di pinggir gunung berapi yang dipercayai berusia sehingga 7,000 tahun di kawasan padang pasir terpencil di wilayah Harrat Khaybar di Arab Saudi.

Struktur batu yang ditemui menggunakan aplikasi Google Earth itu digelar sebagai 'pintu gerbang' kerana ia kelihatan seperti objek tersebut jika dilihat dari atas.

Ia dibina di kubah lava purba di mana kepanjangan sebahagian daripadanya berukuran empat kali ganda saiz biasa padang bola sepak.

Penyelidik di University of Western Australia, David Kennedy berkata, tujuan binaannya dan usia sebenar struktur tersebut masih tidak diketahui.

"Pintu gerbang tersebut dibina daripada batu manakala dindingnya dihasilkan secara kasar dan rendah. Sisa aliran lava boleh dilihat pada permukaan sebahagian struktur tersebut yang menandakan usianya adalah lebih tua daripada aliran lahar tersebut," katanya.

Jelasnya lagi, pintu gerbang paling kecil berukuran 13 meter (m) panjang manakala yang terpanjang adalah 518 m, lapor Daily Mail.

David Kennedy, Harrat Khaybar

Artikel Sebelum

Lukisan Trump Dijual RM67,650

Artikel Berikut

Artikel Lain