suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tembak Rakan Kelas Kerana Diejek

Pelajar trauma selepas kejadian tembakan yang mengakibatkan dua pelajar maut, manakala empat lagi cedera di sebuah sekolah swasta di Brazil.

HANYA kerana diejek tidak memakai pewangi, seorang remaja lelaki memembak mati dua rakan sekelasnya dalam kejadian di sekolah swasta Golegio Goyases, tengah Brazil.

Mangsa berusia 12 dan 13 tahun, menurut pihak polis bandar Goiania itu.

Bagaimanapun, kata pegawai penyiasat polis, suspek remaja yang bertindak ganas itu berusia 14 tahun.

Siasatan awal mendapat, sebelum kejadian tembakan itu berlaku, mangsa dikatakan telah mengejek suspek kerana tidak memakai pewangi.

Suspek adalah anak anggota polis dan telah menggunakan senjata api milik pasukan keselamatan itu.

Kejadian tembakan itu berlaku pada waktu rehat apabila suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa yang dikenali sebagai Joao Vitor Gomes dan Joao Pedro Calembo.

Selain itu empat yang lain juga cedera, masing-masing tiga perempuan dan seorang lelaki.

Setakat ini, suspek masih dalam tahanan polis.


Goiania, Brazil

Artikel Sebelum

Misteri Gerbang Padang Pasir

Artikel Berikut

Artikel Lain