suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Cedera Kemalangan Antara McLaren, Teksi

SINGAPURA: Dua lelaki dikejarkan ke hospital selepas berlakunya kemalangan melibatkan sebuah kereta 'sport' dan sebuah teksi di Yishun awal pagi Ahad.

Kedua-dua kereta itu rosak teruk dalam kejadian yang berlaku di Yishun Avenue 1, berdasarkan gambar dan video yang tersebar di media sosial.

Kereta jenis McLaren berwarna merah dilihat tersadai di laluan pejalan kaki dengan bahagian kanannya remuk, manakala teksi Comfort berwarna biru dapat dilihat berhampiran hentian bas.

Serpihan papan tanda dilihat berselerakan di sekeliling teksi.

Polis berkata, pemandu teksi berusia 56 tahun dan pemandu McLaren yang berusia 27 tahun sama-sama berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat.

Angkatan Pertahanan Awam Singapura telah dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 4 pagi dan bertindak menghantar dua buah ambulans.

Siasatan polis sedang dijalankan. -The Straits Times/Asia News Network

Yishun Avenue 1, McLaren

Artikel Sebelum

Maut Dipukul Guna 'Barbell'

Artikel Berikut

Artikel Lain