suria

Lintasan Berlampu Bila Guna Telefon?

Lampu LED bernyala semasa pejalan kaki melintas jalan sambil menggunakan telefon bimbit. Foto PA

LINTASAN pejalan kaki dinyalakan lampu apabila seseorang melintas semasa menggunakan telefon bimbit diperkenalkan.

Kamera turut mengesan kehadiran ramai orang yang menunggu, dan teknologi pintar itu membuat laluan tersebut lebih luas di jalan raya.

Pengenalan itu memberi amaran kepada penunggang motosikal sekiranya pandangan pejalan kaki dihalang oleh kenderaan yang lebih tinggi.

Permukaan lintasan yang menggunakan lampu diod pemancar cahaya (LED) akan mengeluarkan lampu berdasarkan pergerakan pejalan kaki, yang dikesan oleh kamera. 

Ia bermakna laluan lebar berlampu merah sepanjang lintasan di jalan apabila seseorang berjalan keluar tanpa dijangka.

Nyalaan lampu di lintasan menarik perhatian pejalan kaki dan pemandu kenderaan untuk lebih berhati-hati di jalan raya. Foto PA

Menurut Makmal Penyelidikan Pengangkutan dan Analisis Jalan Raya, secara purata 20 insiden berbahaya boleh berlaku di United Kingdom semasa penjalan kaki melintas jalan.

Satu prototaip bagi kaedah lintasan jalan kaki yang baharu dipertunjukkan dekat Mitcham, selatan London.

Ia dibangunkan oleh sebuah firma teknologi, Umbrellium dengan kerjasama syarikat insurans, Direct Line.

Pengasas Umbrellium, Usman Haque berkata: "Lintasan penjalan kaki yang kita gunakan setiap hari berusia kira-kira 50 atau 60 tahun. Ia direka untuk idea yang berbeza di bandar.

"Kita cuba untuk menambah baik bagi abad ke-21 ini dengan lintasan yang mengikut keadaan apabila seseorang melintas sambil menggunakan telefon bimbit atau tidak melihat ke hadapan, atau kenderaan muncul lebih kerap.

"Ia cuba dapat membantu menangani masalah dengan kaedah berbeza bagi lintasan kaki yang memberi respon dalam waktu sebenar," katanya. - Mirror

Artikel Sebelum

Hidang Lipas Dalam Cawan Kopi?

Artikel Berikut

Artikel Lain